Anything goes!

Wednesday, August 31, 2005

Merdeka!

Wahai kawan-kawan.

Oleh sebab hari ini merupakan Hari Kemerdekaan Malaysia, negara kita yang tercinta, yang ke-48, saya pun membuat keputusan untuk mem-blog dalam bahasa negara kita, iaitu Bahasa Malaysia.

Maafkanlah jika penggunaan Bahasa Malaysia saya tidak begitu baik.
Ini mungkin kerana saya tidak begitu baik dalam bidang bahasa, kecuali bahasa Inggeris di mana saya sekurang-kurangnya dapat menulis sesuatu perenggan tanpa memalukan diri sendiri.
Tetapi, saya haruslah dimaafkan, atas sebab saya telah mem-blog dengan BM atas kehendak sendiri, walaupun tidak disuruh.

Saya amat bangga kerana merupakan rakyat Malaysia. Walaupun di Malaysia, kita tidak dapat experience (?) musim sejuk dan salji, Malaysia masih ada banyak kebaikannya.

Misalnya, orang Malaysia generally (?) pun tidak begitu tinggi. Oleh itu, tidak ada orang boleh mengetawakan saya kerana terlalu pendek, kecuali beberapa orang kawan saya yang suka panggil orang "Shorty". (Seseorang haruslah memanggil mereka tengok sendiri dalan kaca. Mereka tidak tinggi juga.)

Orang Malaysia juga jarus berasa bangga kerana generally semua orang Malaysia pun tahu sekurang-kurangnya TIGA jenis bahasa. Oleh itu semasa kita berbual-bual dengan orang putih yang adanya hanya tahu INGGERIS sahaja, kita dapat mula menunjuk-nunjuk kemahiran kita dalam pelbagai bahasa!

Kesimpulannya, Malaysia adalah negara yang sangat baik, dan kita haruslah berasa puas hati dengan apa yang kita mempunyai sekarang.

Malaysia Boleh!

Sekian, terima kasih.

(Three cheers for Malaysia!)

Labels:

WELCOME!

Sit back, put your feet up, and read whatever ramblings of Chooiyen.

Grab a cuppa while you're at it, too.
Because Chooiyen has got a lot to say!

Why do I have huge fonts?
It makes for an easier read, d'oh.


Apparently, huge fonts are ugly. *Shrugs


Just 1 Click

'Cause every click counts.



My profile